klpost

‘Rambo Bentong’ rogol, bunuh gadis 17 tahun

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BENTONG  – Tanpa sebarang reaksi di wajahnya, Rabidin Satir, 42, yang digari bersama dua anggota polis di kiri kanannya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh dan merogol sehingga membawa kepada kematian seorang gadis berusia 17 tahun di Kampung Ketari, di sini, pada 2009.

Dia yang berasal dari Tambunan, Sabah juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas empat pertuduhan rogol terhadap dua kanak-kanak, dua remaja dan melakukan seks luar tabii terhadap salah seorang mangsa antara tahun 2009 dan 2011.

Bagi pertuduhan membunuh dan merogol remaja berusia 17 tahun itu, tiada pengakuan diambil. Rabidin juga digelar Rambo Bentong.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Januari ini sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Menurut akhbar Sinar Harian  Rabidin didakwa membunuh mangsa di sebuah rumah di Kampung Ketari di sini antara jam 11.30 malam (7 Mac 2009) dan 1.50 tengah hari pada 8 Mac 2009.