klpost

‘Raksasa laut’ ditemui terdampar di pantai

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Bangkai haiwan laut yang disiarkan seorang wanita di Twitter terdampar di pantai di Texas selepas Taufan Harvey Ogos lalu, dipercayai sejenis belut laut dalam dari keluarga Tusky.

Haiwan berkenaan kelihatan seperti raksasa dan dipercayai sudah terdampar di pantai berkenaan antara dua hingga tiga minggu.

Daily Mail melaporkan, minggu lalu, Preeti Desai dari Persatuan Audobin Kebangsaan menyiarkan gambar haiwan berkenaan dalam usaha mengenal pasti makhluk berkenaan yang tiada mata dengan gigi tajam.

“Sekali pandang ia kelihatan seperti haiwan laut dalam ‘sea lamprey’ (sejenis belut penghisap darah) namun apabila diteliti ia bukan, terutama bahagian mulutnya,” katanya.

Menurutnya, dia menyiarkan gambar itu di Twitter dengan harapan ada pakar mengenal pasti haiwan berkenaan.

Antara jawapan pakar biologi menyatakan haiwan berkenaan ialah raksasa laut dari spesies belut namun tidak pasti jenisnya.

Jawapan paling popular ialah belut tusky yang hidup di Teluk Mexico pada kedalaman antara 30 hingga 90 meter dan jarang muncul di permukaan.

Namun Tusky mempunyai mata dan saiznya lebih kecil dan bangkai berkenaan pasti sudah mereput ketika Desai menemuinya.

Taufa Harvey melanda Texas mulai 18 hingga 25 Ogos lalu.

Dr Kenneth Tighe dari jabatan Sejarah Alam Muzium Kebangsaan Smithsonian percaya haiwan itu belut Tusky atau spesies belut keluarga lain.