klpost

Raja Bomoh ditahan polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Raja Bomoh1
Johor Bahru
– Individu yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ditahan polis dalam satu operasi di Segamat, di sini pagi ini.

Menurut sumber, Ibrahim dipercayai ditahan ketika berada di sebuah hotel kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ibrahim sebelum ini tular apabila melakukan beberapa upacara yang didakwanya bertujuan melindungi negara ini daripada ancaman.

Terbaharu, aksinya melakukan upacara di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur berhubung ketegangan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang, ketika itu. – Utusan