klpost2

Pusat Kusta Malaysia ditakluk pendatang Indon ?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Sungai Buloh  –  Kedudukannya yang agak tersorok biarpun terletak berhampiran ibu negara, menyebabkan tidak ramai menyedari Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini, kini ‘ditakluk’ pekerja asing.

Tinjauan Harian Metro hasil maklumat diperoleh mendapati tidak kurang 50 rumah yang dulunya didiami pesakit kusta kini menjadi tempat tinggal pendatang warga Indonesia terbabit hingga kawasan itu bertukar menjadi perkampungan mereka.

Mereka yang sebahagian besarnya dipercayai berstatus pendatang asing tanpa izin (Pati) boleh disifatkan hidup senang-lenang di situ kerana memiliki rumah dan menikmati kemudahan bekalan elektrik serta air secara percuma yang disediakan kerajaan untuk pesakit sebelum ini.

Pekerja asing terbabit yang dianggarkan berjumlah hampir 200 orang dilihat sewenang-wenangnya mengusahakan tanah di situ untuk menanam rumput dan bunga hiasan

Kegiatan itu turut dilakukan di satu kawasan yang terletak betul-betul di belakang papan tanda menyatakan tanah itu milik Kementerian Kesihatan dan penceroboh akan didakwa.  – mymetro