klpost2

Progres Malaysia memangkin di India – Najib

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

NEW DELHI  –  Kerajaan India akan memberi dua projek pembinaan lebuh raya di Tamil Nadu kepada syarikat Malaysia mengikut perjanjian antara kerajaan.

Pada 2010, Malaysia dan India menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pembangunan dan pengurusan lebuh raya tersebut.

“Saya telah maklumkan bahawa pada peringkat yang pertama kita telah dapat menguatkuasakan MoU tersebut, tetapi peringkat kedua dari segi penyampaian projek belum lagi dapat menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

Menurut akhbar Kosmo, beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh sempena sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam.

Katanya, Perdana Menteri India telah memberi kesanggupan dan komitmen bahawa beliau mengambil langkah positif untuk merealisasikan fasa kedua MoU tersebut dengan memberi peluang kepada syarikat Malaysia mengambil bahagian dalam dua projek lebuh raya di Tamil Nadu.

Semasa ditanya mengenai lokasi projek tersebut, Najib berkata:

“Pengenalan projek dan syarikat akan dilakukan kemudian. Butir akan diumumkan kemudian apabila disahkan secara rasmi.”