klpost

Presiden PPP (BN) Kayveas main Politik Kotor

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Bersih 2.0, gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah menolak dakwaan Datuk M. Kayveas bahawa peserta perhimpunan pada 28 April adalah peserta yang dibayar, dan mencabarkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk mengemukakan bukti atau minta maaf kerana membuat dakwaan tersebut.

The Malaysian Insider telah menerbitkan temuduga eksklusif dengan presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kelmarin, di mana beliau mendakwa kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Beliau mendakwa 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.

“Itulah satu contoh apa yang kami sedang menentang ‘politik kotor’,” Wong berkata apabila dihubungi kelmarin.

Wong berkata gerakan pilihan raya itu amat tersinggung dengan dakwaan Kayveas dan mencabar pemimpin BN itu untuk mengemukakan bukti bahawa wujud peserta yang dibayar “atau minta maaf”.

“Sama ada kamu mengemukakan bukti bahawa kami membayar para penyokong, atau (kamu) minta maaf,” beliau berkata.
Pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju dengan Wong. Beliau berkata “peserta Bersih akan memberi keterangan mereka di bawah sumpah inkuiri Suhakam”.

“Kalau Datuk Kayveas begitu yakin dengan kebenaran kenyataan beliau, beliau patut juga hadir di hadapan inquiri Suhakam dan beri kenyataannya di bawah sumpah,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
Wong juga berkata adalah tidak perlu untuk mencari perkaitan antara Bersih dan sentimen anti-BN.

“Saya tidak tahu mengapa beliau melihat hubungan seperti itu. Sebenarnya, pilihan raya yang bersih dan adil sepatutnya memanfaatkan BN untuk mendapat lebih banyak sokongan,” beliau berkata.

“Kalau para pemimpin BN nak fikir bahawa sokongan untuk pilihan raya bersih ialah satu bantahan BN, bantahan itu ke atas BN, bukan (masalah) Bersih,” beliau berkata lagi.

Liau Kok Fah, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih, berkata: “Ini adalah penghinaan terhadap mereka yang telah menyertai perhimpunan Bersih itu.”

“Kebanyakan orang menyertai perhimpunan itu kerana mereka tahu senarai undi itu tidak adil dan bersih, bukan kerana mereka telah mengambil wang,” Liau berkata. “Bersih ialah satu NGO, kami tidak ada duit.”
“Kami bergantung kepada sokongan orang awam untuk semua operasi/penganjuran,” beliau berkata.

Liau juga menolak dakwaan Kayveas bahawa kebanyakan peserta adalah “penyokong buta anti-BN” dan berkata “kebanyakan orang adalah bijak.”
“Kalau mereka tidak menyokong BN, mereka ada sebab kerana tidak menyokong BN. Ia bukan kerana mereka adalah buta.”

Kayveas telah berkata bahawa banyak peserta perhimpunan itu adalah golongan yang telah “menutupkan mata mereka kepada kebaikan BN” dan ingin menyalahkan BN untuk kegagalan diri dalam kehidupan mereka.

Beliau juga telah menuduh pembangkang sebagai pihak yang telah menggalakkan kutukan membuta terhadap BN. Beliau juga mendakwa pembangkang telah menghasutkan penyokong mereka untuk melanggar undang-undang dan menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial.

Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan di ibu kota negara pada 28 April untuk duduk bantah Bersih 3.0, perhimpunan yang ketiga sejak tahun 2007.
Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya, namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila beberapa perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa di sekitar Dataran Merdeka.

Satu jawapan Parlimen kemudian telah menyatakan bahawa pihak polis telah menggunakan 967 kanister dan grenad gas pemedih ke atas orang ramai, yang Kementerian Penerangan telah mengganggarkan berjumlah 22,270 berdasarkan gambar-gambar yang diambil oleh Bernama. – The Malaysian Insider