klpost

Presiden PKR Mungkin akan Bertanding di PRU13

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.”Saya ada satu senarai untuk pertimbangan, tetapi saya fikir peranan sokongan lebih baik,” katanya ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.

Ditanya sama ada itu bermakna beliau tidak akan bertanding, Dr Wan Azizah berkata: “Tidak juga. Perkara itu masih ada dalam perancangan tapi pada masa ini hanya sekadar membincangkannya.” Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen namun beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dun.

Beliau ditemui pemberita pada Konvensyen PKR di Bayan Baru semalam.

“Walaupun saya mempunyai pilihan untuk memilih di manakah kawasan yang ingin bertanding namun saya perlu juga mendapatkan maklum balas dari penyokong.

“Parti sedang memikirkan di mana tempat-tempat yang sesuai untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, PKR akan meneruskan perjuangan sama ada menang mahupun kalah pada PRU13 akan datang.

Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli Parlimen pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil. – KLToday