klpost

Presiden MCA Meminta Anwar Ibrahim mengikhtiraf Sekolah Persendirian Cina

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

by zainudin maidin

Ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memberikan reaksi balas terhadap desakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya beliau menjelaskan perancangan Pakatan Rakyat untuk masa depan pelajaran Cina di negara ini.

Dr. Chua menyatakan bahawa adalah tidak adil bagi Anwar membisu seribu bahasa, sedangkan beliau telah membuat desakan ini tiga kali dan hal ini akan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

Dr. Chua mengulangi pertanyaan; Berapakah Sekolah Rendah Cina dan Sekolah Persendirian Cina yang akan dibangunkan oleh Pakatan Rakyat dan adakah Pakatan Rakyat akan mengikhtiraf Sijil Peperiksaan Berseketu (Unified Examination Cetificate) dari Sekolah Persendirian Cina?

CATATAN: Kelewatan Anwar memberikan jawapan ini mungkin kerana beliau sedang menimbangkan suatu jawapan yang dapat diterima bukan oleh rakyat keseluruhannya; tetapi yang boleh meyakinkan beberapa orang penulis dan sasterawan yang fanatik kepadanya; termasuk beberapa orang di Dewan Bahasa dan juga dua tiga kerat yang sedang menjadi tulang belakangnya untuk mempertahankan popularitinya di kalangan penulis.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said amat marah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana Tun mahu Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Barangkali Samad Said sedang memikirkan dan merangkakan suatu dasar pelajaran baru yang akan memberikan kepuasan kepada masyarakat Cina tanpa menyinggung perasaan orang Melayu. Anwar sedang menunggu cara penyelesaian menerusi sebuah puisi darinya.