klpost

Polis trafik gopoh punca kematian

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KLANG – Seorang anggota polis trafik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menyebabkan kematian rakan setugas secara cuai pada bulan lepas.

Koperal Mohd Sedi Mat, 51, didakwa mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan atas dakwaan menyebabkan kematian Koperal Mustaghni Tabri, 48, dengan satu perbuatan gopoh atau cuai di Jalan Lingkungan Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang pukul 1.45 pagi, 3 Jun lepas.

Dia boleh dipenjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan jaminan pada RM4,000 dengan seorang penjamin dengan tarikh sebutan semula kes itu pada 10 September ini sementara menunggu laporan bedah siasat Mustaghni. – BERNAMA