klpost

Polis Perancis diserang 100 belia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 Amiens: Seramai 100 belia Perancis bertempur dengan polis malam kelmarin termasuk menembak ke arah anggota keselamatan, membakar kenderaan selain sebuah pusat hiburan dan tadika di sini tetapi tiada tangkapan dibuat.

“Seramai 16 anggota polis cedera, ada yang kena tembakan,” kata Thomas Lavielle, pegawai di pejabat pentadbiran wilayah keketika mengulas kepada televisyen TELE TV.
Selepas semuanya kembali tenang, dua bangunan sekolah dibakar selain lebih 12 kenderaan dan tong sampah turut dibakar dan dibaling ke arah anggota keselamatan.

Sekurang-kurangnya tiga orang awam cedera apabila perusuh menarik mereka keluar daripada kenderaan, kata polis.

Ketegangan meningkat

“Pertempuran agak ganas,” kata Datuk Bandar Amiens, Gilles Dumailly kepada saluran televisyen BFM. Dumailly berkata, ketegangan meningkat sejak beberapa hari antara polis dan penduduk yang disifatkannya ‘menghadapi masalah tertentu.’
Polis berkata, kekacauan bermula jam 9 malam Isnin lalu sebelum berakhir jam 4 pagi kelmarin selepas anggota keselamatan tambahan tiba di tempat kejadian.

Tidak jelas apa yang mencetuskan kekacauan itu tetapi beberapa pergaduhan kecil berlaku dengan polis sejak seminggu lalu termasuk satu kejadian membabitkan seorang penduduk ditahan dan orang lain menganggap tindakan polis terhadapnya terlalu keras.

Tambah anggota polis

Anggota polis tambahan dihantar kerana Menteri Dalam Negeri, Manuel Valls dijadual melawat bandar itu. Amiens sudah ditetapkan sebagai memerlukan kawalan keselamatan tambahan oleh pihak berkuasa selepas ia tersenarai sebagai antara 15 kawasan paling bermasalah di Perancis awal bulan ini.

Selepas kerajaan berikrar menambah kawalan keselamatan dan wang, Dumailly berharap ketegangan akan berkurangan kerana adanya rancangan membina lebih banyak perumahan dan program perkhidmatan lebih baik.

Pikul tanggungjawab

“Keselamatan awam bukan satu keutamaan tetapi tanggungjawab (pihak berkuasa). Kami perlu memikulnya demi penduduk dan anggota keselamatan,” kata Presiden Francois Hollande ketika berucap pada majlis peringatan mengenai dua anggota keselamatan yang maut, Jun lalu.

Beliau merujuk keganasan yang meletus di Amiens selain kekacauan di Toulouse, selatan Perancis, lokasi pertempuran dua kumpulan yang berlarutan beberapa hari. – Reuters