klpost

Polis menyiasat Facebook palsu pemuda UMNO Malaysia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama ‘Pemuda Umno Malaysia’ yang memaparkan poster berbaur hasutan.

Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, setakat ini, hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.”Polis setakat ini masih belum memanggil mana-mana individu untuk memberi keterangan,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ku berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu.

Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan – Jika orang ramai setuju untukjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepadagabungan pembangkang, Pakatan Rakyat. – KL-Today