klpost2

Polis lebam, penduduk berang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BESUT  –  Seorang anggota polis berumur 35 tahun yang lari dari tugas sejak Mac lalu ditangkap dan dibelasah penduduk kampung selepas dia memecah masuk sebuah rumah di Kampung Bukit Keluang di sini awal pagi ini.

Dia yang sebelum ini bertugas di Cawangan Tugas Am di Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut cedera parah dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu.

Anggota polis itu yang luka parah di tangan kiri dan lebam di belakang badan diberikan rawatan awal di Hospital Daerah Besut dan kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya anggota polis itu telah memecah masuk sebuah rumah di kampung itu melalui tingkap.

Katanya ketika terserempak dengan seorang daripada anggota keluarga tuan rumah berkenaan Maimunah Yaacob, 51, suspek memberi alasan mencari makanan kerana lapar. – BERNAMA

 

(gambar untuk tujuan illustrasi sahaja)