klpost

PM sedih tragedi pusat tahfiz

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan rasa sedih dengan tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung di sini yang mengorbankan lebih 20 nyawa.

Perdana Menteri menerusi Twitter rasminya mendoakan semoga roh mangsa dirahmati Allah.

“Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 5. 15 pagi itu, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz tiga tingkat itu yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur.

Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, seramai lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan terjun menerusi tingkap di tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar. – BH Online