klpost2

PM bersama Rosmah nikmati jamuan Krismas

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PETALING JAYA  –  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke majlis minum petang sempena sambutan Hari Krimas di Pusat Luther di sini, sebentar tadi.

Lebih 1,000 orang termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha turut hadir dalam majlis itu.

Pemimpin pembangkang termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Tian Chua juga hadir pada majlis berkenaan.