klpost

PKR satu kuman yang sangat bahaya kepada rakyat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

hasan-ali02-july24“Kita perlu mengenal pasti beberapa penyuntik kuman yang sangat bahaya kepada umat dan telah disebutkan beberapa nama sebagai penyuntik-penyuntik kuman tersebut”.

Presiden JATI, Datuk Dr Hassan Ali mengumpamakan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai satu virus yang amat bahaya kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Katanya, Anwar dan Tian Chia, masing-masing bertindak sebagai penyuntik kepada kuman-kuman fitnah dan hasad dengki dikalangan rakyat Malaysia akibat ketaksuban mereka terhadap kekuasaan politik.

Beliau menambah, rakyat perlu sedar akan perangai buruk kepimpinan Pakatan Rakyat yang cukup gemar mencetuskan huru hara tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.

“Kita sama sekali tidak meredhakan apa yang berlaku di Lahad Datu.

“Kita tidak redhakan kelompok-kelompok yang ingin menjajah Sabah dan membuatkan huru hara di Malaysia ini,” katanya ketika hadir sama dalam Perhimpunan “Anwar Dalang Lahad Datu” di Perkarangan Masjid Negara petang tadi.

Dalam majlis yang sama, Hassan turut menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat supaya mengeluarkan kenyataan mereka terhadap peristiwa berdarah itu.

Menurut beliau, sehingga ke hari ini, PAS, DAP dan PKR masih belum mengeluarkan kenyataan serta pendirian mereka terhadap insiden yang telah meragut 10 nyawa perwira telah terkorban.

“Apa yang dilakukan oleh pimpinan PR terutamanya yang sehingga ke hari ini pimpinan PAS tidak kemukakan apa-apa suara pun…pimpinan DAP tak keluarkan apa-apa suara pun dan pimpinan PKR pun tidak keluarkan kenyataan yang menyatakan posisi mereka dalam kejadian yang berlaku ini.

“Kita menuntut.. rakyat menuntut Presiden PAS supaya buat kenyataan Apakah kedudukan parti itu tentang peristiwa berdarah yang menggugat kedaulatan negara kita ini.

“Kita memerlukan kenyataan daripada DAP..kalau sebelum ini kita sering dengar hal-hal akidah, agama dan Melayu. kita selalu dengar DAP begitu nyaring menyatakan pendirian mereka, tapi dalam hal berkaitan penceroboh ini masing-masing berdiam diri seperti tikus jatuh dalam beras,” katanya.

Hassan menambah, rakyat memerlukan respon yang betul-betul menegaskan kedudukan Pakatan Rakyat dalam peristiwa yang berlaku di Sabah.

Katanya, kepimpinan Pakatan Rakyat perlu terangkang apakah sebenarnya perkaitan PKR dalam isu berkenaan.

“Tidak ada langsung suara dari mereka menyatakan pendirian parti terhadap peristiwa berdarah ini namun apa yang ada hanyalah kontroversi politik serta penghinaan terhadap polis dan tentera serta anggota yang gugur.

“Perkaitan Anwar dalam peristiwa ini tidak pula mereka terangkan,” katanya. / Peraktoday