klpost

PKR Rafizi Ramli Disoal Siasat oleh Polis Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Menurut The Malaysian Insider (TMI) Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang. Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam.

Dalam temubual melalui telefon dengan TMI Rafizi Ramli memberitahu – “Saya hanya jawab ‘saya akan jawab’ di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis.

“Di bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa kita.

“Saya tidak menjawab satu soalan pun,” kata Rafizi

Menurut Rafizi lagi, beliau disiasat berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu kebocoran dokumen.

“Selepas ini pihak polis akan menyerahkan notis untuk dapatkan dokumen asli.

“Dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), polis mempunyai hak untuk berbuat begitu,” kata Rafizi lagi.

Sebelum ini, blog pengarah strategi PKR itu digodam, dipercayai kerana memuat naik dokumen-dokumen sulit yang turut melibatkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.