klpost

PKR Presiden mengkritik corak pentadbiran Lim Guan Eng

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SEBETULNYA maklumat ini bukan baru kepada penulis, ia muncul kembali selepas terdedah minit mesyuarat PKR yang menyaksikan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman mengkritik corak pentadbiran Lim Guan Eng yang disifatkannya sebagai angkuh dan sombong.

Pada awal Mei lepas penulis telah memberikan bayangan maklumat itu disini dan meminta Mansor segera meletakkan jawatan sebelum ianya tersebar dan memburukkan imej Pakatan Rakyat dan PKR sendiri.

Ketika itu penulis tidak mendedahkan jenis maklumat yang macam mana, tapi memandangkan ia mungkin disebarkan pada bila-bila masa dari sekarang, selepas insiden pembocoran minit mesyuarat PKR ini, maka penulis ingin menyatakan bahawa ia adalah berkenaan video skandal seks antara Mansor dan seorang perempuan cina yang layak digelar Ah Soh (makcik).

Kalau itu berlaku sekalipun, Mansor perlu menyalahkan dirinya sendiri. Siapa suruh dia mengaku tentang kewujudan minit mesyuarat tersebut dan isi kandungannya sekali?

Penasihat seumur hidup DAP, Dr. Che Man Hin dalam satu email kepada semua ahli jawatankuasa pusat (CCC) DAP, pernah menyatakan bahawa “the best weapon in any scandal is deny, deny and deny” (senjata terbaik untuk mengatasi skandal ialah nafi, nafi dan nafi).

Walaupun dari penasihat DAP tapi pendekatan itulah yang diguna pakai semua pemimpin Pakatan Rakyat yang ‘terlibat’ dalam sebarang ‘skandal’ sekarang, dan Mansor juga sepatutnya begitu, nafi sajalah, yang bodoh sangat pi mengaku tu kenapa?

Dari saat Mansor mengaku saja, maka bersiap sedialah untuk menerima akibatnya. Antara perkataan dalam minit mesyuarat PKR yang terdedah ialah seperti dibawah:-

We hope not happen..kita pun tau dap tak strong.. Guan eng macam tokong u know..to the chinese… U cannot deny that..he is just like a tokong… Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant.. Get ourselves stronger..

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka? Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)

Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).”

Nampak disitu, Mansor bukan setakat kritik Guan sahaja tapi juga keseluruhan DAP Pulau Pinang.

Apakah Mansor ingat dia bagus sangat untuk kritik Guan Eng dan DAP di belakang? Pada penulis, Guan Eng bukan sombong, tak angkuh juga, tapi Guan Eng sibuk. Dulu bolehlah, tidak mengetuai kerajaan negeri, sekarang keadaannya berbeza.

Kalau ada pun yang tak baik penulis boleh cakap dengan Guan Eng, ialah hubungan baiknya dengan tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan kerana latar belakang Vincent Tan yang pro BN sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak. Tapi nak mengatakan Guan Eng tidak ada kredebiliti memimpin, itu keterlaluan sangat.

Penulis bimbang, pembocoran maklumat ini akan menyerlahkan lagi ketidak sefahaman antara parti komponen Pakatan Rakyat yang cuba diselindungkan dari pandangan masyarakat umum sekarang. Sudahlah pengundi cina berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR kerana dituduh menyebabkan kekecohan semasa Bersih, pendedahan ini pula hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk.

Penuois tidak ada pandangan dalam hal ini, nampak buntu dan tak tahu nak buat apa. Mungkin Mansor buat pekak sajalah, tarik balik semula kenyataan yang dikeluarkannya semalam.

Lama-lama orang lupalah tu, tapi Guan Eng lupa atau tidak, penulis tidak pasti. – Suara Pakatan Rakyat