klpost

PKR:” BN jangan jadikan pelajar sekolah sebagai bahan eksperimen mereka masih belum boleh mengundi “

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

KUALA LUMPUR: Terdesak meraih sokongan yang semakin lusuh, Umno BN tergamak mempergunakan pelajar sekolah demi meneruskan survival politik.

Terbaru, tindakan itu diteruskan apabila logo 1Malaysia bersama muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipampang pada kulit depan buku latihan sekolah dan ia beredar rancak di sekolah-sekolah.

“Ini tindakan kerajaan di hujung usia, mereka akan menayangkan di mana-mana sahaja gambar pemimpin mereka bagi menujukkan kekuatan.

“Contohnya bekas Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak yang menyiarkan gambar-gambarnya di pelosok Mesir sebelum dijatuhkan rakyatnya,” kata Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard.

Katanya, usaha mencetak muka Najib di buku sekolah tidak akan berhasil mempengaruhi pelajar-pelajar kerana mereka masih belum boleh mengundi.

“Kerja-kerja ini semuanya dibuat penasihat mereka, sehinggakan semua perkara mahu diletakkan logo 1Malaysia.

“Zaman Najib ini memang pelik, kalau dulu masa Tun Mahathir (Mohamad), Pak Lah (Tun Abdullah Badawi), tidak ada kerja-kerja karut seperti ini. Takut sangatkah Najib sampaikan semua benda diletakkan gambarnya,” ujar Fariz yang juga bekas guru.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa turut menyelar tindakan Umno BN meresapi anasir politik dalam institusi pendidikan.

“Najib sanggup jadikan sekolah dan pelajar sebagai unsur propaganda, ini menunjukkan betapa terdesaknya regim Umno BN.

“Kementerian Pendidikan mesti bersikap profesional, jangan jadikan pelajar bahan eksperimen politik mereka,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai guru selama 16 tahun.

Semalam, Keadilan Daily melaporkan, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin membekal sejadah yang juga mempunyai pelekat berlogo 1Malaysia dan Umno BN di surau Pantai Dalam bagi mengambil hati umat Islam.

Sebelum ini, kecoh berkenaan buku komik Najib Razak sebagai penyelamat dengan berlagak sebagai “Superman” disebar dan diedarkan secara percuma pada umum terutama kanak-kanak.

– Keadilandaily