klpost

Pinjam IMF buat pembayaran bonus kakitangan awam?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENGUMUMAN sudah, jumlah pun sudah.

Yang penulis maksudkan ialah pembayaran bonus kepada 1.4 juta kakitangan awam yang dibuat Perdana Menteri kelmarin – setengah bulan gaji untuk kakitangan aktif dan RM500 untuk pesara.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk menampung pembayaran bonus ini adalah sebanyak RM 2.2 billion!! Menariknya, jumlah ini tidak dimasukkan dalam pembentangan bajet tahun lepas, penulis dah rujuk, memang tiada.

Penulis hairan, bagaimana kerajaan boleh berbelanja terlalu mewah kebelakangan ini untuk menampung pelbagai bantuan kepada rakyat dan masih mampu membayar bonus kakitangan awam.Tahun ini sahaja ada pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat, ada BR1M (RM 2.6 billion), BB1M (RM 263 juta) dan terbaru TR1M (RM 35 juta).

Itu yang popular, yang kurang popular seperti KAR1SMA(RM 1.4 billion), Klinik Rakyat 1Malaysia (RM 10 juta) dan beberapa lagi yang lain, belum diambil kira.

Tahun lepas pula sudah dibelanjakan RM 550 juta untuk bantuan persekolahan.

Cari punya cari, akhirnya penulis mendapat maklumat dari satu sumber yang layak dipercayai yang memaklumkan kepada penulis bahawa kerajaan Malaysia baru-baru ini ada membuat pinjaman dengan Tabung Kewangan Antarabangsa, biasa dikenali sebagai IMF.

Berapa jumlah dan tujuan pinjaman tidak pula dimaklumkan kepada penulis, tapi penulis yakin, ia ada kaitan dengan pengumuman bonus kakitangan awam yang diumumkan kerajaan kelmarin.

Justifikasi kepada itu ialah, pinjaman itu khabarnya telah diluluskan oleh IMF tapi wangnya akan hanya dibayar kepada kerajaan awal Ogos nanti. Tidak hairanlah kenapa semua kakitangan awam dijadualkan menerima bonus masing-masing pada 9 Ogos ini.

Tunggu duit pinjaman masuk rupanya.

Secara peribadi, penulis melihat ini bukanlah amalan kewangan yang baik dilakukan oleh kerajaan BN amnya dan Perdana Menteri khasnya sebagai Menteri Kewangan.

Benarlah semua peruntukkan ini secara dasarnya untuk tujuan yang baik – bayar bonus kepada kakitangan awam, tapi dari segi praktikalnya, ia tidak sihat untuk ekonomi negara kita.

Penulis belum pernah mendengar ada mana-mana kerajaan di dunia yang meminjam untuk membayar bonus kakitangan awamnya.

Penulis mungkin tersilap tapi penulis hampir pasti tidak ada. Justeru ia membawa maksud Malaysia hampir pasti juga menjadi satu-satunya negara yang membayar bonus kakitangan awam dengan duit pinjam!! – Suara Pakatan Rakyat