klpost

Pilihanraya Umum ke-13 hanya selepas Gong Xi Fa Cai 2013

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi sebutan arena politik tempatan sejak lebih setahun lalu, hanya akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina awal tahun depan.

Sambil mengakui tidak terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disiarkan oleh Sinar Harian Online petang semalam, Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, mengambil kira persekitaran semasa, ‘tingkap’ yang sesuai dan terbaik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah awal tahun depan.

“Saya percaya Datuk Seri Najib hanya akan bubar selepas sambutan Tahun Baru Cina. Apa yang pasti, pilihan raya selepas hari raya… iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, bermakna awal tahun depan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.