klpost

Piala AFF Suzuki milik Kita

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENTAS final kempen Piala AFF Suzuki 2012 akan tetap menjadi milik Harimau Malaya.
Demikian laungan keyakinan yang dilontarkan penyokong bola sepak negara meskipun hanya seri 1-1 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lepas.

Tidak menafikan kekecewaan yang dirasai setelah Malaysia gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri, peminat bagaimanapun tidak mahu berputus ada dan menganggap perjuangan skuad kebangsaan dalam Piala AFF belum berakhir dan masih terbuka luas.

Peminat juga optimis anak buah Datuk  K. Rajagobal mampu bangkit untuk melakukan aksi terbaik, sekali gus yakin sejarah hebat akan berulang pada Piala AFF Suzuki 2012.

Pada masa yang sama, mengetahui ranjau berliku menunggu skuad negara apabila turun menentang Gajah Putih dalam perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis ini, peminat tempatan tetap yakin skuad kebangsaan akan bangkit dan mengaum di tempat lawan.

Bagaimanapun, penyokong-penyokong skuad kebangsaan sangat berharap pemain-pemain Malaysia tidak mengulangi kesilapan sebelum ini agar misi mempertahankan kejuaraan dua tahun lepas tidak akan tertutup.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian Online hari ini, rata-rata peminat Malaysia melahirkan keyakinan dan mereka mahu skuad kebangsaan berjuang dan bermain dengan penuh semangat seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Peminat juga mahu anak buah Rajagobal membuktikan Malaysia adalah jaguh bola sepak di Asia.   Sinar Harian