klpost

PI Bala, Azilah dan Sirul dari skuad bunuh orang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Saya mula bertemu dengan Balasubramaniam a/l Perumal pada 2 julai 2008. Sehari sebelum itu, pada 1 Ogos 2008, Bala menandatangani satu Akuan Bersumpah yang didedahkan pada 3 Julai 2008 di Ibupejabat PKR semasa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Subang dan pengasas Suaram, Sivarasah Rasiah, menelefon saya dan meminta saya pergi kerumah seorang peguam dan berjumpa dengan M. Puravelan untuk berbincang tentang pembunuhan Altantuya Shariibu.

Dan itulah kali pertama saya bertemu Puravalen, Bala dan seorang lagi bekas pegawai polis.

Bala dan rakanya, seorang bekas pegawai polis mengaku bahawa mereka juga melakukan kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh Azilah danSirul. Dihadapan Puravalen, mereka dengan bangga menceritakan bagaimana mereka pernah membunuh dan membuang mayat penjenayah. Azilah dan Sirul sebenarnya dalam satu pasukan dengan Bala.

Jadi, menurut pengakuan Bala sendiri, dia dan ramai lagi sebenarnya sudah mengenali diantara satu sama lain dan pertemuan di hadapan rumah Abdul Razak Baginda pada hari Altantuya dibunuh bukanlah kali pertama seperti yang cuba digambarkan dalam Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008. Dan mereka mengaku bahawa tugas mereka adalah untuk menghapuskan sesiapa saja asalkan mendapat upah.

Persoalan yang perlu dijawab sekarang ialah, apabila Sirul dan Azilah tiba dirumah Razak, apakah Bala tahu apa yang akan terjadi memandangkan dia mengenali kedua-dua pegawai polis ini yang merupakan ahli-ahli “skuad pembunuh”? Bala sendiri mengaku ketika bertemu di rumah Puravalen bahawa mereka semua adalah dalam satu pasukan dan melakukan perkara yang sama…membunuh orang.

Puravalen, yang juga merupakan peguam Razak, adalah rakan dari kecil dan menurut Polis Perancis, Bala sudahpun terlibat dengan isu kapalselam ini sejak tahun 2000. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah mengenali sejak lama. Puravalen juga rapat dengan Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, orang yang telah mencipta perlbagai kontroversi ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga arkitek kepada ECM Libra yang penuh kontroversi.

Selepas perjumpaan dirumah Puravalen, kami terus ke sebuah restoran itali untuk makan malam dan membincangkan tentang sidang media yang akan diadakan keesokan harinya. Sivarasa memberikan tunjukajar kepada Bala tentang apa yang perlu dicakapkan dan apa yang perlu disorokkan dalam sidang media nanti. Bala diberitahu supaya mengelakkan memberi terlau banyak jawapan dari media dan sekiranya media bertanyakan soalan yang susah, maka peguam akan menjawab soalan tersebut. Mereka khuatir, Bala akan berkata sesuatu yang bercanggah.

Pada hari berikutnya, 3 Julai 2008, satu sidang media diadakan di ibupejabat PKR dimana Akuan bersumpah Bala didedahkan dan pada hari berikutnya, Bala membuat satu lagi Akuan Bersumpah yang bercanggah sama sekali dengan Akuan Bersumpah yang pertama.

Ini amat menghairankan. Hanya sehari sebelum itu kami bertemu dirumah Puravalen dimana Bala dan Sivarasa berjanji bahawa semua apa yang dikatakan didalam Akuan Bersumpah tersebut adalah benar. Mengapa buat U-Turn? Jadi, yang mana satu betul? Akuan Bersumpah pertama atau kedua?

Lama selepas itu barulah Bala mengakui bahawa dia dijanjikan RM5 juta ringgit untuk membuat U-turn tetapi dia juga risau akan keselamatannya dan juga keluarganya sekiranya dia enggan membuat U-turn. Mereka telah menawarkan RM5 juta ringgit dan menjanjikan perjalanan ke India untuk keluarganya sekiranya dia membuat U-turn.