klpost

Petanda PRU makin hampir

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini.

Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012.

Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya.

Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

“Biasanya, ini petanda PRU makin hampir.

“Mungkin selepas Raya.

“Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.

“SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR

Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun.

Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. -TMI