klpost

Pertikaian Perundangan Mahkamah di Malaysia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

By Suara Pakatan

MAHKAMAH di Malaysia dan keputusan-keputusannya yang selalu menjadi pertikaian komuniti perundangan tempatan dan antarabangsa, bukanlah suatu perkara yang asing di negara ini.

Kalau nak diturut kembali, semuanya bermula pada 1988 apabila Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) memutuskan bahawa UMNO adalah sebuah pertubuhan haram, campur tangan eksekutif ke dalam sistem kehakiman menjadi kelaziman yang tidak terkawal.

Terutama bagi kes-kes yang membabitkan parti dan pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan kepimpinan ketika itu dan sekarang.

Oleh yang demikian penulis sedikit ralat dengan ‘sambutan’ besar-besaran yang diberikan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhubung pembatalan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih adalah sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Alasan kukuh yang paling asas ialah, ini baru keputusan Mahkamah Tinggi. Masih ada 2 lagi Mahkamah yang lebih tinggi dimana pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh merujuk kes tersebut dalam proses rayuan.

Permainannya disini ialah, keputusan awal akan memihak selari dengan aspirasi rakyat, tetapi keputusan oleh 2 Mahkamah yang lebih tinggi selepas itu yang lebih menimbulkan persoalan.

Dalam hal ini penulis patut mengucapkan terima kasih kepada mantan Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim kerana peranannya dalam soal perlantikan hakim-hakim yang tidak cenderung kepada pemerintah sewaktu memegang jawatan tersebut dalam kabinet Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dahulu.

Antaranya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mohamad Arif Md Yusof yang juga bekas penasihat undang-undang parti PAS.

Malang bagi kita, Zaid mengundurkan diri sebelum reformasi kehakiman yang sepenuhnya selesai. Puncanya, kerana bertelingkah dengan Abdullah berhubung isu penahanan Ahli Parlimen Kinrara, Teressa Kok dan seorang wartawan wanita sebuah akhbar cina dibawah ISA kerana mempertikaikan azan Suboh.

Jika tidak imej kehakiman kita sudah tentu akan menjadi lebih baik.

Oleh yang demikian, kenapa kita perlu meraikan ‘kemenangan’ ini terlalu awal? Apa jadi kalau keputusan Mahkamah Tinggi ini ditepikan oleh Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan nanti? Adakah kita mahu berkata Mahkamah negara ini masih lagi adil seperti sekarang?

Sudah tentu hujahnya berbeza. Tapi ia tidak menghalang penyokong dan blogger UMNO dari memomokkan kita dengan mengambil keadaan yang berlaku sekarang sebagai perbandingan untuk menjatuhkan lagi imej Pakatan Rakyat di kalangan rakyat.

Selain itu, dihadapan ini ada lebih banyak isu-isu besar yang menanti, antaranya membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan. Penulis dan ramai orang lain menjangkakan, keputusan itu nanti tidak akan memihak Anwar seperti mana di Mahkamah Tinggi Januari lepas.

Jika itu berlaku, yang biasanya akan menjadi sasaran serangan ialah sistem kehakiman itu sendiri.

Justeru, amat penting sebarang keputusan Mahkamah yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat seperti Bersih ini, tidak terlalu diraikan kerana ia boleh memberi reverse effect jika ada keputusan lain yang tidak berpihak kepada kita.