SK

Perompak menikam mati Pengurus HSBC

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SIBU, Jun 15, 2012 – Pengurus cawangan sebuah bank asing di sini ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu cubaan merompak di rumahnya di Ulu Sungai Merah di sini kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

Mangsa, Stephen Wong, 31, yang merupakan pengurus Bank HSBC cawangan Sibu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan yang dipercayai ditikam dengan objek tajam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal bersama isteri dan anaknya sedang tidur di bilik tingkat atas.

Menurutnya, tiba-tiba datang seorang suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya memakai baju lengan panjang dan bertopi memecah masuk kediaman terbabit.

“Pengurus bank itu dipercayai bergelut dengan lelaki berkenaan di dalam bilik tidur menyebabkan isteri mangsa tersedar lalu bangun.

“Melihat isteri mangsa bangun, suspek terus melarikan diri ke bahagian belakang rumah dengan memanjat tembok,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.