klpost

Peristiwa 16 September Pakatan Rakyat ‘mengejar’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini dilihat semakin nazak hingga terpaksa menjaja isu-isu murahan termasuk dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen mereka cuba dibeli Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata mereka sengaja mensensasikan cerita berkenaan sedangkan pada hakikatnya seluruh negara tahu bagaimana peristiwa 16 September 2008 yang kononnya akan berlaku peralihan kerajaan pada waktu tersebut.

Menurut beliau peristiwa 16 September menujukkan bagaimana cubaan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan pada waktu tersebut, mereka cukup ghairah sehinggakan ‘mengejar’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan bagi menjayakan hasrat berkenaan.

“Apakah mereka lupa peristiwa berkenaan… Jangan fikir perkara jahat yang mereka buat akan dibuat oleh pihak lain. Lagi pun kalau kita lihat pemimpin pembangkang yang didakwa hendak dibeli adalah pemimpin terbuang yang parti dia sendiri pun tak mau.

“Ini hanyalah satu permainan politik pembangkang terutama ahli parlimen yang buat dakwaan itu yang saya rasa menjangkakan dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh partinya sendiri. Dengan membuat dakwaan sedemikian dia mungkin fikir saham dia akan naik balik di kalangan parti pembangkang,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha BN Sabah taktik atau dakwaan sedemikian bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah lama diamalkan oleh pembangkang yang sedaya upaya untuk memburukkan kerajaan.

Dengan memberikan contoh isu keracunan Arsenik terhadap Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ketika, Rahman seterusnya menjelaskan bagaimana pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja strategi demi menjayakan cita-cita mereka.

“Sekarang ini mereka sudah kehabisan isu untuk dipolitikkan…jadi terpaksalah rekacipta dan ulang tayang cerita-cerita lama dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Namun mungkin mereka lupa rakyat tentunya tidak akan melupakan kepada peristiwa pembohongan besar-besaran 16 September yang akan terpahat dalam sejarah negara,“ katanya. -MediaUMNO