klpost

Perhimpunan Kleptokrasi adalah sandiwara politik Pakatan Harapan – Dato V S Mogan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Perhimpunan Kleptokrasi adalah sesuatu yang sengaja diadakan dalam usaha menghasut rakyat untuk menolak Barisan Nasional.

Dato V.S. Mogan, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan berkata sebelum mereka menunding jari kepada orang lain, pembangkang harus menilai sikap tamak kuasa dan pandai memfitnah oleh pemimpin Pakatan Harapan.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PH sebab protes jalanan ini akan dihadiri oleh Bapa Kleptokrasi yang pernah mematikan setiap usaha rakyat dalam menyuarakan rasa tidak puas hati.”

“Juga tidak mudah dilupai bahawa Bapa Kleptokrasi inilah yang membantutkan segala usaha pembangunan kepada masyarakat India selama dua dekad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri,” ujar beliau lagi.

“Saya percaya rakyat terutamanya yang berada disebelah pembangkang mula memahami bahawa sebarang penglibatan Bapa Kleptokrasi adalah semata-semata utk kepentingan diri dan anaknya dan bukan demi rakyat. Maka mereka akan bijak membuat keputusan untuk menolak perhimpunan ini yang tidak akan membawa sebarang manfaat.”

“Saya menyeru rakyat menghadiri Hari Sukan Negara yang dijadualkan pada 14/10/2017 bermatlamat untuk pembangunan belia dan sukan negara.”

Mogan menyarankan pembangkang, agar jangan menjadi seperti “ketam menyuruh anaknya berjalan betul” dan menilai diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.