klpost

Perhimpunan Agung UMNO sambung sesi bahas ucapan dasar Presiden

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Perhimpunan Agung UMNO 2017, yang masuk hari kedua hari ini, diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perbahasan itu akan dimulakan oleh wakil Wilayah Persekutuan Datuk Rizalman Mokhtar diikuti seramai 10 lagi jurucakap yang akan membahaskan usul sama.

Semalam, lima jurucakap mewakili negeri dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah membahaskan usul itu.

Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain menyentuh rekod kejayaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO dalam mentadbir negara serta mampu menjamin masa depan Malaysia yang lebih cemerlang jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas berakhirnya sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden, perhimpunan itu akan membahaskan pula usul ekonomi, usul agama dan usul pendidikan.

Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,718 anggota perwakilan dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Perhimpunan itu berlangsung selama lima hari sejak Selasa. – Bernama