SK

Perdana Menteri Merayu menghentikan laungan ‘Bersih’ di Kota London

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan ‘Bersih’ dalam satu pertemuan semalam.
Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap.

Sorakan itu menyebabkan beliau ‘malu besar’ serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.

“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib dalam satu rakaman video yang dimuat di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut seorang warga Malaysia yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu berkenaan kepada Najib.
Najib bagaimanapun cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

“Anda boleh jumpa saya kemudian ok. Bolehkah anda tolong hentikannya?” kata Najib sekali lagi.

Setelah sorakan itu reda, barulah Najib meneruskan ucapannya.

Program yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kota London.
Difahamkan, program tersebut diuar-uarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan Najib. – Keadilan Daily