klpost

Percaya atau tidak keterangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

By Zainuddin Maidin

Kita tidak boleh memperkecilkan keupayaan berfikir manusia Malaysia untuk mentafsir kan sesuatu kes atau isu dengan kewarasan tanpa pengaruh sentimen kepartian.

Umpamanya sama ada mereka di dalam UMNO atau di luar UMNO percaya atau tidak keterangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi, bahawa beliau tidak tahu mengenai penglibatan anak lelakinya dengan National Feedlot Coporation (NFC) projek dalam tahun 2007.

Atau adakah orang terima kebenaran dakwaan, bahawa kematian seorang pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock di bunuh oleh pegwai SPRM atau sebenarnya dia membunuh diri setelah tidak lagi dapat melindungi rasuah dalam DAP yang memperjuangkan BERSIH.

Orang ramai yang waras berfikir tetap mempersoalkan kawajaran menimbulkan kes ini sebagai isu perkauman, sedangkan kematian seorang Pegawai Kastam Melayu dalam cara yang hampir sama tidak menjadi isu politik.

Mengapa orang gempar apabila Anwar Ibraim dibebaskan dari tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya. Tidakkah kerana ramai yang mengharapkan dia dihukum atas kepercayaan bahawa dia benar-benar melakukannya. Tentunya ramai kawan-kawan setianya dahulu yang mahu memperjuangkan keadilan dan kebenaran tidak akan meninggalkannya kalau mereka tidak hilang kepercayaan kepadanya.

Mereka adalah nama nama besar seperti Sidek Baba, Chandra Musafar, Zulkifli dan ramai lagi.

Apakah semua orang bersimpati dengan Mohd Rafizi bila dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam baru- baru ini kerana mendedahkan butiran rahsia bank berhubung kes skandal NFC.

Apakah dalam soal ini orang ramai harus melihat Shahrizat sahaja yang se menghadapi tindakan dan cara pendedahan Rafizi adalah wajar dilindungi dan dibiarkan sekalipun bertentangan dengan undang-undang (BAFIA) dan boleh meruntuhkan keyakinan dunia kepada security, integrity dan reliability institusi kewangan Malaysia.

Bagaimanakah perasaan kita jika simpanan kita di sesebuah bank atau lain-lain urusan peribadi kita diketahui umum?

Kata Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif “Jika berlaku kebocoran maklumat pelanggan bank kepada pihak ketiga atas kesalahan bank itu sendiri, maka ia pasti akan mengakibatkan nama dan imejnya tercemar serta di persoalkan.

Negara sekarang berada dalam keadaan Insitusi Undang-Undang (Mahkamah) menjadi gelanggang politik untuk membersihkan kekotoran politik. Malangnya pengamal undang-undang juga adalah manusia biasa dengan sentimen politik masing-masing. Buktinya sudah banyak.

Kerajaan akan terus dituduh tidak adil, rasuah dan sebagainya, tetapi rakyat juga dapat melihat bukti dari semasa ke semasa kerajaan telah bertindak sekalipun terhadap orang-orangnya sendiri. Tetapi bagaimanapun, kearajaan BN dari sejak Perikatan lagi tidaklah bertindak dengan keras, gopah-gapah tanpa menghormati seseorang manusia sehingga orang belum tentu bersalah, telah dipersalahkan dengan cara tindakan yang hanya semata-mata untuk memuaskan hati atau sentimen sesuatu pihak.

Kita boleh melihat cara ini bila PKR berkuasa kelak kerana merekalah sekarang menjadi penghalang besar kepada usaha untuk membersihkan negara dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka telah menggunakan kekuatan baru mereka menjadikan kes bunuh diri kerana rasuah sebagai isu perkauman, Pas yang berketuakan seorang yang rasuah dan maruah yang diragukan dan Keadilan ditinggalkan oleh ramai penyokong-penyokong yang menyertainya kerana hendak menegakkan sebuah kerajaan bersih.

Rakyat tidak seharusnya membiarkan mana-mana pihak menganggap rendah kemampuan berfikir mereka,sebaliknya harus membuktikan bahawa rakyat tetap dapat melihat sesuatu dengan adil dan waras.