klpost

Penyelia kilang dilarikan dari tempat kerja

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Shah Alam
– Seorang penyelia kilang dilarikan di hadapan tempat kerjanya di Kampung Jawa, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa, S Jothimani, 49, menerima panggilan telefon memintanya keluar bagi mengambil barang yang dibeli secara dalam talian.

Adik mangsa, S Sathya, 33, berkata mangsa kemudian pergi menemui seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penghantar barang di hadapan kilang terbabit.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kakak dilarikan tiga lelaki menaiki sebuah kereta jenis Mercedez berwarna putih.

“Ketika kejadian, seorang lelaki memakai baju berwarna putih menunggu kakak di luar kereta, manakala dua lagi lelaki berada di dalam kereta itu.

“Kakak ditolak dan dipaksa menaiki kereta itu sebelum ditarik dari arah dalam kereta. Kereta berkenaan kemudian terus meninggalkan kawasan kilang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sathya berkata, Jothimani yang mempunyai dua anak lelaki itu tidak mempunyai musuh, malah semua ahli keluarga tidak mengenali lelaki yang melarikannya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BH Online