klpost

Penyamun topeng merah tumpas

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Tawau
 – Seorang lelaki ditangkap polis ketika dalam cubaan memeras ugut pekerja lelaki di sebuah kedai serbaneka Taman Sejati di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam tadi, suspek dikatakan mengacukan sebilah pedang samurai sepanjang 60 sentimeter ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pasukan ronda cegah jenayah yang pada ketika itu melalui kawasan kejadian bertindak pantas mematahkan serangan suspek tersebut.

“Suspek rakyat tempatan berusia 37 tahun itu cuba melakukan jenayah samun dengan bersenjatakan sebilah samurai sambil menutup wajahnya menggunakan topeng merah.

“Unit ronda cegah jenayah yang kebetulan melakukan rondaan di premis berkenaaan pantas menumpaskan suspek yang ketika itu sedang mengacukan senjata terhadap mangsa,” katanya di sini hari ini. – Kosmo