klpost

Penjelasan Lana Nodin isu video suami tunjuk ‘jari tengah’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Komen Lana Nordin isu suami tunjuk ‘jari tengah’
Sebuah video memaparkan suami kepada pelakon Lana Nodin, Mohd Daud McKienzie memarahi seorang pemandu akibat keretanya dilanggar kini menjadi tular di laman sosial.

Video itu dimuat naik oleh sebuah laman portal Singapura, Stomp.com.sg pada Rabu lalu, dengan tajuk ‘Foul-mouthed driver rains expletives on Stomper after accident in JB before 2nd Link’.

Difahamkan, kejadian itu berlaku Selasa lalu, kira-kira jam 6.30 petang.

Menerusi artikel itu, isteri kepada pemandu terbabit menyifatkan Mohd Daus bersifat kurang ajar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Sementara itu, Lana tampil menafikan suaminya seorang pembuli jalan raya seperti yang didakwa isteri pemandu tersebut.

“Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun.

“Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak.

“Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video.

“Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam video itu, suami Lana turut menunjukkan jari tengahnya sebelum masuk ke dalam kereta.