klpost

Penipuan atau pembongkaran Anwar Ibrahim

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Boleh dikatakan parti pemerintah menguasai segala media-media utama tetapi gagal dalam media sosial, tv internet dan internet. Parti pembangkang melalui Malaysiakini telah mula menguasai internet sebagai media utama pada awal tahun 2000.

Tetapi artikel ini menceritakan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunakan media sosial dan internet untuk menyampaikan mesej beliau, tapi yang tidak pasti ialah yang mana satu betul dan salah.

Antara yang menarik ialah mengenai

16 September ,diracun arsenik dan suntikan HIV

Tapi yang masih menjadi tanda tanya dan tidak logik ialah Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan krisik ekonomi 1999.Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penipu dan sememangnya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penipu dan tidak mustahil beliau akan menipu lagi.

Ramai yang mengetahui bagaimana pada masa krisis 1997-1999 itu, Tun Dr. Mahathir tidak mahu menerima pakej ekonomi dari IMF dan Bank Dunia. Kita juga tahu bahawa Anwar Ibrahim diatas kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang mungkin tidak faham asas-asas ekonomi, mahu mengikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF. Selepas kenyataan Tun M dan cabaran terhadap Anwar supaya menunjukkan surat seperti didakwa, kumpulan pembangkang cuba memanipulasi dengan menunjukkan data-data pinjaman Malaysia dari Bank Dunia.

Anwar bercakap mengenai bantuan untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999. Tun M juga becakap mengenai pakej bantuan untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999 (dari IMF dan Bank Dunia) Tetapi kemudianya, Anwar dan pihak pembangkan memutar cerita bercakap mengenai pinjaman negara terhadap bank dunia. Mereka gagal membezakan pakej kewangan untuk atasi krisis ekonomi dengan pinjaman dari bank dunia. Boleh dikatakan kesemua negara di dunia ini meminjam dari Bank Dunia. Sila semak data pinjaman negara-negara di laman web bank dunia. Negara-negara yang maju pun meminjam dari Bank Dunia. Malaysia juga sering meminjam dari bank dunia semenjak dahulu lagi. Ini bukannya perkara yang baru

Meminjam dari Bank Dunia tidak sama dengan menerima pakej bantuan kewangan untuk krisis ekonomi. Pinjaman bank dunia ini tidak sama dengan pakej yang diterima oleh Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan banyak negara-negara lain. Cuba tanya Anwar Ibrahim, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, pernah tak negara Malaysia meminjam dari Bank Dunia ?

Cuba tanya Anwar, siapakah Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga 1999 ? Cuba lihat betapa banyak pinjaman yang dibuat pada tahun 1992, 1993, 1994 dan 1995. Bukankah Anwar adalah Menteri Kewangan pada masa tersebut ? Kenapa Anwar tidak menunjukkan pinjaman-pinjaman bank dunia pada tahun-tahun 1992,1993,1994,1995 dan 1998 ini ?

Penulis bukan penyokong mana mana pihak tetapi dengan mengunakan internet dan media sosial yang benar boleh menjadi tidak benar, seterusnya penipuan mungkin menjadi penentuan Pilihanraya ke 13 nanti