klpost

Pengemar Stokin Jepun

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

TOKYO  –  Seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Jepun diserang pencuri stokin dalam kejadian terbaru membabitkan siri serangan sama yang menjadikan remaja perempuan sebagai sasaran, kata polis.

Remaja berusia 16 tahun itu sedang berjalan kaki di pinggir bandar Tokyo apabila dia dijatuhkan ke atas tanah oleh seorang lelaki yang menanggalkan stokin di kaki kiri mangsa dan terus beredar dengan barangan berkenaan.

Polis berkata, sekurang-kurangnya empat remaja wanita di kawasan yang sama menjadi mangsa pencuri stokin sejak September.

Mangsa terbaru itu tidak dicederakan oleh pencuri yang dipercayai berumur antara 30-an dan 40-an dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki yang sama bertanggungjawab terhadap insiden lain.  – AFP