klpost

Pengantin baru meninggal dunia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji -DNA
http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

Pengantin baru meninggal dunia ketika menangkap ikanTELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 30 tahun yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung ketika menangkap ikan dengan tiga rakannya di sini hari ini.

Mohd Radzi Nordin, seorang buruh, rebah dan terjatuh ke dalam Sungai Perak pada pukul 2 petang ketika dia dan rakannya sedang bersiap sedia untuk menebar jala.

Isterinya, Nor Kamisah Omar, 25, berkata mereka baru sahaja berkahwin 4 hari lalu di rumah keluarga suaminya di Kampung Melayu, Jalan Woo Saik Hong di sini.

“Dia suruh saya sediakn makanan kegemarannya untuk makan tengah hari sebelum meninggalkan rumah pagi ini,” katanya.

Sementara itu, rakan Mohd Radzi, Ahmad Hazizi Shoib, 46, berkata sebelum itu arwah mengadu sakit dada sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Dia berkata mereka kemudian mengeluarkan arwah dari dalam air dan menghantarnya ke Hospital Teluk Intan,  menurut sumber Dunia itu blogspot.