klpost

Pendidikan percuma, harga bahan api dan penurunan harga kereta – ekonomi stabil

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Oleh Paspb2

KUALA LUMPUR — Dengan pilihan raya yang semakin hampir, Pakatan Rakyat (PR) kini mula mencorakkan permainan mereka dengan menekan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding melalui polisi, berbanding polemik, yang mana melihatkan apa keupayaan dan tawaran kerajaan alternatif berkenaan di bawah pentadbiran mereka, kata penganalisis.

Gabungan kerajaan antara PKR, DAP dan PAS, dahulu pernah bercanggah pendapat dan ideologi, kini mula mengorak langkah seiring menuntut perubahan polisi untuk memantapkan ekonomi rakyat Malaysia, dengan kepercayaan pilihan raya kali ini bakal menyaksikan menang kalah mereka berkenaan ekonomi.

Rencana permainan mereka mula meliputi janji pendidikan tinggi percuma untuk semua rakyat Malaysia, pentadbiran bebas rasuah, harga bahan api yang lebih murah, penurunan harga kereta, dan kesamarataan pendapatan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.

Ibrahim berkata Paktan Rakyat (PR) cuba membuktikan keupayaan mereka dengan mencadangkan polisi-polisi berkenaan perkara yang disedari akan memberi kesan terhadap ekonomi rakyat biasa.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata PR jelas cuba membuktikan keupayaan mereka mencadangkan perubahan polisi-polisi berkenaan perkara yang mereka sedar akan memberikan kesan terhadap ekonomi rakyat biasa.

“Mereka mula beralih daripada polemik politik seperti menimbulkan isu,” katanya, menambah PR kini mula membayangi BN berhubung isu “integriti, ketelusan dan tatakelola kerajaan yang baik.”

Membandingkan pemberian “one-off” kerajaan BN melalui pemberian wang tunai secara terus dan campurtangan dalam pasaran seperti “Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)”, katanya, cadangan PR lebih menjurus kepada perubahan polisi yang akan memberikan kesan lebih besar kepada pengundi.

Wan Saiful Wan Jan, pengarah eksekutif think tank IDEAS, bersependapat dengan Ibrahim bahawa PR kini mula mendesak BN ke arah perdebatan polisi, menambah ia merupakan gerakan positif untuk mengubah politik berdasarkan “keupayaan peribadi, perkauman, dan isu agama.”

Beliau menjelaskan janji-janji PR telah dilabel sebagai populis secara dasarnya namun ia sudah dijangka oleh mereka berdasarkan perpisahan politik.

“Tiada pihak yang boleh mengambil kira perbandingan moral,” katanya menambah kaedah pemberian wang tunai yang dilaksanakan BN dan KR1M adalah contoh tidak sihat “populis yang akan memberikan kesan buruk kepada negara untuk jangka masa panjang.”

BN telah memberikan wang secara terus kepada rakyat seperti baucer buku, RM500 wang tunai untuk kumpulan berpendapatan rendah, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M); dan KR1M yang menjual barangan keperluan harian pada harga diskaun.

Wan Saiful menegaskan sokongan untuk cadangan PR memansuhkan duti eksais kereta, namun melabelkan cadangan “pemansuhan bayaran untuk pengajian tinggi” sebagai langkah dan tidakan populis yang “teruk” yang bakal menyaksikan rakyat akan terus bergantung kepada kerajaan.

Prof Dr Jayum A. Jawan, professor kerajaan dan politik dari UPM, bagaimanapun berkata PR tidak perlu memberikan janji-janji realistik kepada pengundi pada masa sekarang, namun lebih kepada “harapan” untuk masa depan lebih cerah dalam pentadbiran mereka.

Beliau menambah, rakyat akan menolak PR sekiranya mereka gagal melaksanakan segala janji yang dibuat, namun menegaskan, kerajaan perlu melaksanakan tugas daripada mencipta janji.

“Jika BN mahu selamat, mereka jangan berjanji, kerana mereka adalah kerajaan; mereka perlu bertindak, kemudian hanya rakyat Sabah dan Sarawak akan bersama mereka,” katanya.

Beliau menegaskan, Malaysia Timur, terutamanya golongan pengundi menerima baik cadangan terbaru PR untuk memansuhkan polisi yang mana akan menurunkan harga barangan di Sabah dan Sarawak.

Ibrahim turut berkata “adanya kepercayaan rancangan kerajaan lebih bagus daripada pelaksanaan.”

Beliau turut menjelaskan PR mahu menunjukkan “mereka bekerjasama sebagai satu kumpulan berbanding secara individu,” dan berkata, pembangkang bersatu untuk mendedahkan skandal.

“Mereka (PR) sepertinya merancang agenda untuk pilihan raya,” katanya menambah “bila pengundi mengundi, mereka tidak hanya melihat isu, tapi juga polisi.”