klpost

Pendedahan rahsia kenaikan saham Felda Global Venture (FGVH)

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membeli 64.11 juta saham dalam Felda Global Venture (FGVH) pada hari penyenaraiannya 28 Jun lalu. Ia menjadikan KWAP membeli 24.5 peratus dari jumlah 262 juta saham yang diniagakan pada hari tersebut.

Hasilnya, KWAP menguasai 193.49 juta saham atau 5.3 peratus saham FGV, lapor The Malaysian Reserve. Berdasarkan harga RM5.24 pada Khamis lepas, transaksi ini bernilai RM335.94 juta.

Namun dimaklumkan juga, KWAP menjual 123,800 sahamnya dalam FGVH pada hari 28 Jun berkenaan.

Selain KWAP, pemegang saham utama FGVH adalah syarikat induknya iaitu Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan yang memegang 40 peratus, Lembaga Tabung Haji 7.55 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 5.07 peratus.

Perdana Menteri berulang kali memaklumkan IPO FGVH telah memberikan untung besar khasnya kepada peneroka. Beliau juga memaklumkan, IPO FGVH adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Dengan maklumat ini bermakna, kekuatan FGVH adalah selepas pembelian saham oleh badan-badan kerajaan bukannnya dari syarikat bebas. – Harakah