Monday , 21 April 2014

Pendaratan kecemasan Pesawat MAS menuju ke Chennai

GEORGE TOWN – Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Chennai, India, hari ini terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ekoran masalah teknikal.

Pengurus Kanan LTAPP Mohd Arif Jaafar berkata pesawat berkenaan mendarat pada pukul 8.04 pagi di LTAPP selepas juruterbangnya mengesan berlaku masalah teknikal pada pesawat itu.

“Saya difahamkan pesawat itu baru sahaja berlepas dari KLIA dan menghadapi masalah teknikal, jadi kami di sini (LTAPP) memberi kebenaran mendarat kerana memberi keutamaan keselamatan kepada penumpang dan anak kapal.

“Berikutan itu, berlaku sedikit kelewatan mendarat kepada penerbangan lain di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut sedang dijalankan terhadap pesawat itu dan dijangka meneruskan penerbangan dalam tempoh terdekat. – Bernama 9SH)


Scroll To Top