klpost

Pemuda MIC sokong penuh Presiden dalam isu undang-undang perkahwinan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page



Kuala Lumpur
– Pemuda MIC terus menyokong dan akan tekad berusaha bersama Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam isu undang-undang perkahwinan yang baru-baru ini ditolak daripada dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan Rajagopalu berpendapat bahawa adalah wajar ibubapa tidak dipisahkan dari anak-anak mereka secara tidak adil, seperti apa yang telah berlaku kepada Puan Indira, sungguh menyayat hati melihat keadaan seorang ibu sebegini.

“MIC telah berjuang dari awal dalam menangani isu ini demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Dr. Subra juga turut mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dari semasa ke semasa. Namun kini usahanya ditarik balik. Pada pendapat saya, keputusan Datuk Seri Azalina adalah tidak wajar kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” tambah beliau lagi.

“Walaubagaimnapun, Pemuda MIC Kebangsaan akan terus berusaha untuk mengatasi isu ini bagi memastikan tiada sebarang impak negatif kepada golongan masyarakat berbilang kaum, terutamanya kaum India yang sering menderita akibat kekeliruan dan salah tafsir undang-undang. Kami turut memberi sokongan sepenuhnya kepada Presiden kami bagi menyelesaikan masalah ini,” saran Timbalan Ketua Pemuda itu.

“Atas dasar tanggungjawab ke atas masyarakat dan komitmen sebagai Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan yang saya disandang, saya akan memberikan khidmat nasihat percuma secara ikhlas kepada mana mana individu yang terjerat dalam kepincangan ini. Saya sudi menawarkan diri tanpa batasan agama dan kaum kerana bagi saya keadilan adalah hak mutlak bersama dan tidak boleh ada mana mana pihak terkecuali dari keadilan yang sebenarnya,” ujar Thinalan lagi.