klpost

Pembongkaran demi pembongkaran – Skandal terhangat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Dalam perkembangan mutakhir politik Malaysia, pakatan kelihatan memusatkan pembongkaran demi pembongkaran kononnya membabitkan pemimpin parti yang membentuk kerajan Barisan Nasional (BN).

Skandal-skandal terhangat

Bermula dengan kononnya skandal ‘Scorpene’, pakatan dilihat berjaya dalam membongkar skandal ‘Port Klang Free Zone’ atau PKFZ yang menyaksikan bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik terheret ke mahkamah dan kini masih dalam perbicaraan.

Begitu juga dengan skandal ‘National Feed-Lot Corporation’ atau NFC bilamana Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail suami kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil turut terheret ke muka pengadilan dan perbicaraan turut kini sedang berlangsung.

Akhir tahun lalu, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad pernah membawa isu ‘Network Centric Operation’ atau NCO yang menyaksikan Sapura menerima anugerah kerja secara terus (direct nego) bagi satu nilai yang tinggi untuk tempoh masa 20 tahun di bawah RMK-11 hingga RMK-13.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah turut cuba mengaitkan ia dengan kegagalan Sapura membangunkan NCO mengikut ‘timeline detail user durations’ atau DUR bagi fasa 1A yang melibatkan kos sebanyak RM140 juta.

Mungkin tidak berjaya menyelongkar keseluruhan perjanjian antara kerajaan dan Sapura kerana terikat di bawah ‘Officials Secrets Act 1972’ (OSA), alih arah beliau bersama Tony Pua tertumpu kepada pemberian kontrak ‘Sustainable Energy Development Authority Malaysia’ atau SEDA kepada syarikat yang kononnya terlibat dengan anak bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Namun, Nurul Izzah, Tony Pua dan angkatannya telah berdiam diri setelah menerima amaran keras Tan Sri Dr Fong Chan Onn, pengerusi SEDA untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah kerana tuduhan liar yang dilemparkan dan disifatkan oleh Fong sebagai ‘baseless’ dan bermotifkan politik tanpa merujuk dahulu kepada SEDA.

Terbaru, Rafizi sekali lagi bangun dengan pertuduhan baru melibatkan kontrak tambahan LRT Ampang yang bernilai hampir satu billion ringgit dikaitkan dengan syarikat George Kent dan kali ini, sasaran beliau tidak lain dan tidak bukan adalah menteri kewangan merangkap perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menuju PRU-13

Semua pertuduhan yang dimonopoli oleh pemimpin pakatan disasarkan kepada pemimpin kerajaan BN dan ia semakin kuat digerakkan apabila negara sedang menunggu tarikh keramat pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Antara banyak pertuduhan yang dilemparkan, hanya PKFZ dan NFC berjaya dibuktikan oleh pakatan hingga memaksa badan berkuasa menyusul tindakan dan mengheret pihak-pihak berkaitan ke muka pengadilan.

Baru beberapa hari yang lalu pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan rakan ‘accomplice’ nya Johari, diperkenakan tuduhan di bawah Akta BAFIA dalam usaha mereka membongkar skandal NFC disebut di atas.

Ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula menyuarakan relevansi ‘Whistle-blower Protection Act 2010’ atau WBPA hanya kerana Rafizi dikenakan pertuduhan di bawah BAFIA dalam menyelongkar skandal NFC.

55 Tahun Merdeka

Apa yang mahu saya katakan di sini adalah lanskap dan episod politik Malaysia yang semakin kemas dan matang, serta mula difahami oleh rakyat Malaysia yang semakin bijak menilai sesuatu perkara sesuai dengan 55 tahun kemerdekaan Malaysia menjelang 31 Ogos nanti. – kritis-online