klpost

Pembocoran maklumat dalaman PKR – sampai ke tangan blogger UMNO

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENULIS jangka (sesetengahnya sudah pun bermula), hari-hari mendatang ini akan dipenuhi dengan pembocoran maklumat dalaman PKR berhubung strategi parti tersebut dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, oleh para blogger pro UMNO.

Ini kerana dari apa yang penulis dimaklumkan, mereka ada ‘stok’ yang cukup untuk tujuan penulisan masing-masing bagi satu tempoh yang khabarnya SANGAT-SANGAT panjang!!

Maklumat ini termasuk (tapi tidak terhad kepada) strategi untuk menyerang UMNO, strategi mempertahankan diri, isu-isu yang perlu diberi penumpuan, golongan sasar dan maklumat yang seumpamanya, semuanya sudah berada di tangan pihak UMNO.

Bagi menguatkan kebenaran maklumat ini, penulis sertakan disini sekeping dari begitu banyak gambar, dokumen-dokumen yang telah terbocor itu untuk perhatian semua pihak.

Persoalan penulis disini ialah, bagaimana semua dokumen yang mengandungi maklumat sulit strategi parti ini boleh terlepas keluar? Bukan setakat keluar, malah sampai pula ke tangan blogger UMNO?

Keadaan ini benar-benar menggusarkan penulis, seolahnya ada di kalangan pemimpin tertinggi PKR sendiri yang membocorkan maklumat dalaman ini kepada pihak luar. Atau mungkin juga para pembantu masing-masing?

Itu yang pertama. Kedua, penulis bimbang, identiti pembekal maklumat kita yang berada di dalam Barisan Nasional (BN) juga akan terjejas dengan penyebaran maklumat seumpama ini, sebab dari apa yang penulis diberitahu, dokumen ini turut memasukkan strategi dalaman BN dan cara-cara mengatasinya.

Dari mana maklumat ini datang kalau bukan dari sumber dalaman BN sendiri?

Penulis dengan ini menggesa pimpinan tertinggi PKR, terutama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Sri Wan Azizah Ismail selaku presiden parti, dapat mengambil berat akan hal ini. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada semua pembocor maklumat ini kerana tidak ada musuh yang lebih bahaya melainkan musuh di dalam selimut. – Suara Pakatan Rakyat