klpost

Pelancong dirogol oleh geng perogol di India

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

mangsa rogolMUMBAI – Polis India sedang menyiasat insiden terbaru membabitkan geng rogol di negara itu yang melibatkan seorang pelancong dari Switzerland.

Wanita berkenaan sedang bercuti bersama suaminya di India.

Timbalan Penguasa Polis, RS Prajapati memberitahu media, lima hingga tujuh suspek terlibat dalam insiden itu.

Pasangan suami isteri itu sedang melakukan aktiviti perkhemahan berhampiran hutan sebelum sekumpulan lelaki memukul suami dan merogol wanita berkenaan.

Menurut Timbalan Inspektor Agung Polus, DK Arya, pasangan itu tiba di sini 3 Februari lalu dan merancang untuk melakukan aktiviti berbasikal ke seluruh India.

Penyerang kemudian mencuri komputer riba, wang tunai sebanyak AS$185 (RM577) dan telefon bimbit.

Arya berkata, setakat ini 20 orang sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Disember lalu, seorang pelajar berusia 23 tahun dirogol dan diseksa secara kejam oleh beberapa lelaki dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di sebuah hospital di Singapura. – SH