klpost

Pelancong dilarang memakai skirt pendek dan pakaian seksi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SRINAGAR, India – Sebuah kumpulan Islam di Kashmir India semalam memberi amaran kepada para pelancong supaya mereka tidak memakai skirt pendek dan pakaian yang mendedahkan tubuh badan di wilayah itu.

Kumpulan tersebut, Jamaat-e-Islami meminta lembaga pelancongan di wilayah itu supaya menyokong pendirian mereka.

Menurutnya, para pelancong perlu diberitahu lebih awal supaya berpakaian sopan ketika berada di Kashmir bagi mengelakkan mereka mencetuskan kemarahan golongan ekstremis agama.

“Sejumlah pelancong, terutamanya warga asing, memakai skirt pendek dan pakaian menjolok mata yang bercanggah dengan etika dan budaya tempatan serta tidak dapat diterima dalam masyarakat yang bertamadun,” kata jurucakap Jamaat-e-Islami, Zahid Ali.

Sejumlah pelancong kembali mengunjungi wilayah Kashmir yang ditadbir India sejak dua tahun lalu selepas keganasan antara pihak pemisah Islam semakin berkurangan di rantau berkenaan.

Majoriti penduduk wilayah tersebut terdiri daripada orang Islam.

Kashmir terkenal kerana memiliki panorama yang indah seperti rumat bot, banjaran gunung dan tasik. – AFP