klpost2

Pelakon wanita berbantalkan Eramin tidak mengaku bersalah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Petaling Jaya  –  Pelakon dan model, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.  – bharian