klpost

Pelakon sambilan ditahan dalam keadaan bogel

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Bachok
– Seorang bekas model dan pelakon sambilan ditahan dalam keadaan berbogel dan khayal akibat pil kuda, di kediamannya di Kampung Gunong, di sini.

Wanita terbabit yang juga ibu tunggal ditahan dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok, jam 1 pagi tadi.

Difahamkan, wanita berusia 32 tahun tinggal sendirian di rumah berkenaan selain mengaku menagih pil kuda sejak berusia 18 tahun.

Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusof, berkata wanita terbabit antara 30 individu yang ditahan menerusi serbuan dilakukan sejak 11 malam sehingga 1 pagi tadi di beberapa lokasi.

“Bekas model itu juga mengaku pernah menagih syabu ketika bekerja sebagai model di Kuala Lumpur dulu,” katanya.

Rusdi berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun, dipercayai tokan dadah, yang juga antara suspek dikehendaki polis Kelantan.

“Hasil ujian air kencing mendapati 20 daripada tangkapan, positif dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya. – BH Online