klpost

Pelakon Pak Jabit meninggal dunia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Temerloh
– Pelakon komedi, Man Kadir yang popular dengan watak Pak Jabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini, kira-kira pukul 7.10 pagi ini.

Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya.

Allahyarham yang turut dikenali dengan nama ManKadir Shamsi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang di sini, selepas solat zohor hari ini.

Man Kadir terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular seperti Awie dan Allahyarham Zami Ismail. – Utusan