klpost

Pelakon Dunia Anita tarik permohonan cerai

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Pelakon yang popular dalam siri drama Dunia Anita, Siti Fazurina yang memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Julai lalu hadir bersendirian ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Kehadiran pelakon itu semalam untuk mendengar sebutan kali pertama kes yang difailkan mengikut Seskyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan) 1984, pada 10 Julai lalu.

Beliau atau nama sebenanrya Siti Fazurina Mohd Famir, 35, selaku plantif yang menamakan suaminya Muhammad Hykal Zulkifli, 36, sebagai defendan tidak diwakili peguam.

Muhammad Hykal bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding yang diadakan di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Abdullah Zulhee Ab Halim.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Siti Fazurina enggan mengulas lanjut berhubung perceraian itu.

Sementara itu, hasil semakan daripada pihak mahkamah bagaimanapun mendapati pelakon yang dikenali sebagai Nina telah menarik semula permohonan cerai itu.

Pasangan itu sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas melangsungkan perkahwinan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 63, mendedahkan perkahwinan itu tidak sah berikutan Nina dipercayai memberi maklumat palsu kepada pejabat agama dengan mengatakan bahawa beliau anak tunggal sedangkan masih mempunyai dua adik lelaki kandung.

Nina dan Hykal dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya. – BH Online