klpost

Pelajar rentung,kereta rempuh pembahagi jalan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

terbakarTAWAU – Seorang pelajar Kolej Komuniti Tawau didapati rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar akibat merempuh pembahagi jalan dan melanggar tiang lampu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Kasim, 21.

Kejadian berlaku kira-kira 3.50 petang di Km5.6 Jalan Apas ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Hospital Tawau ke rumahnya di Taman Kinabutan Ria. – Bernama / SH