klpost

Pelajar mati lemas,angkara ingin selamatkan kasutnya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

ne_08.1KUALA TERENGGANU – Seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFC Holdings yang sedang menghabiskan cuti semester bersama keluarganya didapati lemas di Pantai Batu Buruk dekat sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi, ketika Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, dipercayai mahu menyelamatkan kasutnya yang dihanyutkan air sebelum dia dilihat terkapai-kapai oleh orang ramai.

Mayatnya ditemui kira-kira 9.30 pagi tidak jauh dari tempat kejadian.

Penuntut Diploma Pengurusan Perniagaan ini bersama ayah, ibu dan neneknya dikatakan baru tiba di sini.

Ibunya Siti Salbiah Shahidan, 54, berkata mereka bertolak dari Johor kira-kira 8.30 malam tadi dan selepas tiba di sini, mereka bersarapan dan berehat di tepi pantai. – myMetro